Followers

Thursday, May 20, 2010

Kawan sejati sukar dicari




Betulker bila kita dah berkahwin, kawan baik kita akan semakin jauh daripada kita.  Iyelah, bila dah berkahwin tanggungjawab semakin banyak.. nak kena divide masa dengan family..
Balik kerja pulak dah letih, nak kena settlekan hal-hal rumahtangga ni.. so, mana ada masa kita nak berborak kosong dengan kawan lama kita..
Kawan sakura boleh dikira berapa orang.. sebab sakura ni bukannya kategori glamour ramai kawan.. sebab pendiam kot..
Tapi setakat ni close friend yang still contact-contact ialah pdah.. pdah pun sibuk gak.. sakura pun sibuk gak.. so.. tak tahulah berapa lama kita boleh bertahan .. harap-harap persahabatan kita ini kekallah sehingga ke akhirnya...
 Ina pun salah seorang kawan baik aku juga masa belajar dulu.. dia pun dah berkahwin, anak dah tiga.. kiranya aku ngan dia sama-sama busy .. tapi dia lagi busy kot.. sebab anak dia lagi ramai.. walaupun kita orang busy susah nak contact sesama kita.. tapi aku boleh bukak blog dia.. so, kira ok lagilah.. sebab aku masih tahu perkembangan diri dia...
Kawan satu rumah masa bujang dulu pun close giler .. sebab kita orang bagi gelaran along, angah, adik, achik, ateh.. tapi masing-masing dah bawa hal masing-masing.. yang sakura paling close along.. kita orang dah macam adik-beradik.. tapi time sakura call.. dia pulak busy.. ..
Kawan kat pejabat pulak adalah dua orang yang boleh dibuat kawan.. boleh dikongsi cerita.. walaupun ada sedikit perbezaan usia .. tapi Sakura seronok berkawan dengan mereka..sebabnya mereka ni jujur..  time Sakura susah hati.. dia orang yang tolong Sakura bagi nasihat kat Sakura..
Yang lain tu ... setakat nak gelak-gelak buat joke bolehlah..

So, betul ker bila dah kahwin ni kawan sejati sukar nak dicari...???

5 comments:

anymz said...

untuk hari ini akak kata betul..ada tapi sukar.thats my experienced lah

..nOj.. said...

tak pun. kwn2 time blajo still ade lg sampai skang. seme dh beranak pinak. tp ktorg masih rapat cam dedulu lagi :)

Sakura said...

nOj: weh.. untungler kalu gitu.. bgtauler camner nak kekalkan pershbtan macam nOj dgn kwn-kwn..

Sakura said...

anymz: itulah yang saya rasa.. tak mustahil tapi sukar sangat nak kekalkan persahabatan tu..

adrina sidek said...

lebih baik kite rapat dengan suami kita dulu....dah kawen nak ada kawan rapat macam sekolah dulu mmg payah....takut kena batu api...macam2 kepala..perangai dah lain2...gosip pun lain2..ehem..paham2 je la kan =)