Followers

Sunday, June 13, 2010

novel yang membuatkan sakura tak lena tidur


Salam....

lama tak menulis dalam blog ini.... kesibukan banyak membataskan waktu untuk menulis.. bukannya setakat menulis dalam blog.. novel yang bertahun-tahun dikarang juga tidak siap-siap... entah bilalah nak siap..

walaupun sibuk, sakura tetap tidak dapat melupakan hobi membaca yang begitu sebati dalam diri sakura..boleh dikatakan tiap-tiap bulan sakura akan membeli novel untuk bacaan sakura....

dalam bulan ini sakura beli 2 buah novel ... Cinta Sufi.. sambungan trilogi kepada novel Bagaikan Puteri.. oleh Novelis Thriller no. 1 Malaysia Ramlee Awang Murshid.. terbitan alaf 21 manakala novel yang satu lagi tu sakura akan ulas kemudiaan...

Cinta Sufi.. apa yang membuatkan sakura begitu tertarik dengan novel ini tentulah kerana watak heronya Laksanama Sunan.. kali ini Laksamana Sunan yang pulang dari masa hadapan telah kembali ke Melaka pada tahun 1511.. seperti yang diketahui novel sebelumnya Hijab Sang Pencinta menceritakan mengenai Laksamana Sunan yang pergi ke masa hadapan dan bertemu dengan Haryani .... banyak adegan-adegan yang mendebarkan dalam misi menyelamatkan Haryani ...dan cinta  Haryani yang tidak kesampaian terhadap Laksamana Sunan ..

Cinta Sufi pula banyak menceritakan mengenai Catalina balu pahlawan portugis yang berdarah bangsawan.. pengembaraan mencari Maryam sampai ke Hulu Melaka dan juga lelaki bertanduk dua iaitu Laksamana Sunan..  misteri siapa Maryam akan kita ketahui di akhir cerita....  tetapi jalan cerita akhirnya tergantung apabila keris Nanggroe  dan juga cacatan Maryam telahpun hilang dari rumah warisan bangsawan portugal... tak sabar nak tunggu sambungan yang seterusnya...harap-harap watak Haryani dan Dani akan muncul semula.. dan sakura harap sangat Haryani akan bertemu dengan cinta sejatinya.. sekali lagi...


Membaca novel ini juga membuatkan sakura kagum dengan peribadi Laksamana Sunan .walaupun ianya hanyalah watak ciptaan semata ... tetapi  mengingatkan kita semua  betapa kita perlu sentiasa mengingati Allah .. tidak kira apa juga rintangan dan cabaran yang kita hadapi dalam hidup kita...  Terima kasih kepada penulis Encik Ramlee Awang Murshid kerana berjaya menghasilkan novel yang pasti akan meninggalkan kesan yang mendalam kepada pembaca..

2 comments:

Young Millionaire Cik Mariah Sazali, said...

babe..ary dh bace y 1st,,now tgh bce y secong..tp cm bosan skt la.. btw ary ade empat2 novel tu..hope dpt bce sume cpt2.huhu =))

Sakura said...

sakura suka baca yang first dan third novel... sebab watak Laksamana Sunan tu best dengan Haryani je.. yang keempat ni tak berapa sangat..