Followers

Sunday, July 11, 2010

Erti sebuah kebahagiaan

Salam semua...

lama sudah sakura tidak menulis .. minggu lepas sakura pergi bercuti di Langkawi.. nanti sakura cerita pasal Langkawi ok...

Hari ini Sakura hendak cerita mengenai sepasang suami isteri OKU yang sakura jumpa di shopping mall tempoh hari..

Kedua-duanya berjalan menggunakan alat bantuan.. tetapi apa yang menarik perhatian sakura daripada raut wajah kedua-duanya jelas menunjukkan kebahagian yang mereka kecapi.. Si suami sibuk melayan si kecil yang rasa-rasanya berumur setahun lebih.. dengan keadaan si suami yang terhinjut-hinjut berjalan .. dia masih mampu melayan karenah anaknya yang ingin berjalan di atas walkalator..

si isteri yang juga bertongkat dan berjalan terhinjut-hinjut hanya memandang menunggu penuh kesabaran selepas memenuhi keinginan anaknya.. si suami mendukungi anaknya walhal dengan bertongkat di kiri dan kanannya kelihatan sedikit sukar bagi pandangan mata kita...

.. kekadang tuhan sengaja menemukan kita dengan mereka supaya kita berfikir.. bersyukurlah.. dengan apa yang kita ada.. kebahagiaan bukan sahaja tercipta dengan wang ringgit.. kesempurnaan .. hanyalah pada zahirnya.. segala-galanya bersifat sementara..



0 comments: