Followers

Friday, May 21, 2010

Novel Sophie Kinsella - Remember Me

Bestnya esok hari Sabtu...cuti.. cuti.........bagi yang tak tau nak buat apa tu... bolehler baca novel ni...

Remember Me oleh Sophie Kinsella.. novel ni ringan.. jer... sesuai untuk sesiapa yang nak hilangkan keboringan tahap maksimum ..

Sinopsisnya... Lexis Smart.. telah kehilangan ingatannya.. akibat kemalangan jalan raya.. apabila dia tersedar dia mendapati dirinya bukan lagi seperti dulu.. kalau nak tau.. Lexis tu macam kategori orang yang tak berapa cantiklah...

Terkejut dia bila mendapati giginya.. tubuh badannya...telah berubah.. dan yang paling best.. kiranya penampilan dia memang 100% percent berubah macam model.. dia telahpun berkahwin dengan seorang jejaka yang sangat hensem.. dan kaya raya...dan Lexis sekarang telahpun berjaya dan berpengaruh di dalam syarikatnya..

Apa yang terjadi, Lexis telah dibenci oleh rakan sekerja kerana sikapnya.. kesian Lexis kerana dia langsung tidak mengingati apa yang telah berlaku ... apa yang dia ingat hanyalah keluarga dan juga persahabatan dengan rakan-rakannya tiga tahun sebelum kemalangan tersebut berlaku.. iaitu sebelum kejadiaan kemalangan yang pertama..

Kesian juga dengan Lexis ni... sebab dia tak tahu kenapa kawan-kawan dia tak sukakan dia .. macam-macam benda yang dibuat semata-mata nak ambil hati kawan-kawan dia.... tapi semuanya ditolak mentah-mentah.. malah dia orang mempermainkan dia semula.. bila sampai part tu.. memang sakura rasa kesian sangat kat Lexis ni.. sebab kawan-kawan dia tak tahu yang Lexis telah hilang ingatan..

Macam-macam peristiwa yang berlaku.. kekadang tu Sakura tergelak sorang-sorang bila baca part-part yang kelakar.. kalau nak tau.. Lexis ni macam Betty .. ala citer Betty yang dulu famous tu.. Betty yang pakai cermin mata besar tu....kalut semacam jer.. kekadang sedih.. bila part kawan-kawan dia sisihkan dia..

Sakura memang tak sabar nak baca novel ni sampai habis sebab novel ni ada unsur-unsur humor.. sedih.. misteri..kalau nak tau apa yang misterinya bacalah sendiri yerk.. romantik.. adaler sikit.. tapi still tak sesuai dengan budaya kita yerk.. tapi setakat baca tu.. tak jadi masalah. kan...

Bacalah.. nanti Sakura cerita pasal novel melayu pulak yerk.. tunggu.............

Thursday, May 20, 2010

Kawan sejati sukar dicari




Betulker bila kita dah berkahwin, kawan baik kita akan semakin jauh daripada kita.  Iyelah, bila dah berkahwin tanggungjawab semakin banyak.. nak kena divide masa dengan family..
Balik kerja pulak dah letih, nak kena settlekan hal-hal rumahtangga ni.. so, mana ada masa kita nak berborak kosong dengan kawan lama kita..
Kawan sakura boleh dikira berapa orang.. sebab sakura ni bukannya kategori glamour ramai kawan.. sebab pendiam kot..
Tapi setakat ni close friend yang still contact-contact ialah pdah.. pdah pun sibuk gak.. sakura pun sibuk gak.. so.. tak tahulah berapa lama kita boleh bertahan .. harap-harap persahabatan kita ini kekallah sehingga ke akhirnya...
 Ina pun salah seorang kawan baik aku juga masa belajar dulu.. dia pun dah berkahwin, anak dah tiga.. kiranya aku ngan dia sama-sama busy .. tapi dia lagi busy kot.. sebab anak dia lagi ramai.. walaupun kita orang busy susah nak contact sesama kita.. tapi aku boleh bukak blog dia.. so, kira ok lagilah.. sebab aku masih tahu perkembangan diri dia...
Kawan satu rumah masa bujang dulu pun close giler .. sebab kita orang bagi gelaran along, angah, adik, achik, ateh.. tapi masing-masing dah bawa hal masing-masing.. yang sakura paling close along.. kita orang dah macam adik-beradik.. tapi time sakura call.. dia pulak busy.. ..
Kawan kat pejabat pulak adalah dua orang yang boleh dibuat kawan.. boleh dikongsi cerita.. walaupun ada sedikit perbezaan usia .. tapi Sakura seronok berkawan dengan mereka..sebabnya mereka ni jujur..  time Sakura susah hati.. dia orang yang tolong Sakura bagi nasihat kat Sakura..
Yang lain tu ... setakat nak gelak-gelak buat joke bolehlah..

So, betul ker bila dah kahwin ni kawan sejati sukar nak dicari...???

Monday, May 17, 2010

Isnin... boring betullah




Isnin...boring betul rasanya.. biasalah hari pertama start kerja..mood belum ada lagi.. esok hari selasa.. lusa..rabu.. tak sabar betul nak tunggu hari sabtu...

Macam anak sakura pulak.. hari-hari tanya umi hari ni hari apa.. esok hari apa.. bila dah sampai hari khamis.. pandai pulak dia cakap umi lagi satu hari nak cuti..

Tapi apa-apa pun kerja kena ikhlas betul tak..barulah rezeki yang dapat tu halal..syukur juga dengan segala nikmat yang Allah berikan..

So, sama-samalah kita jadi macam baby ni senyum jer..

senyum seindah suria..
dalam kehidupan..
senyumlah dari hati..
duniamu berseri..
senyum kepada semua..
senyumanmu amatlah berharga.


Sunday, May 16, 2010

Selamat Hari Guru


Tiap-tiap tahun kita tidak pernah melupakan sambutan hari guru... mestilah kerana sakura percaya semua orang di atas muka bumi ini mesti ada guru kan...

Tidak semestinya guru itu hanya guru di alam persekolahan saja..sedar tak sedar.. di sepanjang kehidupan kita.. pasti ada insan-insan yang membantu memberi tunjuk ajar kepada kita.. mereka itulah guru kita..

Jadi sewajarnya kita membalas jasa mereka.. meskipun tidak dapat dibayar dengan wang ringgit.. memadai juga dengan doa agar mereka diberikan kemurahan rezeki dan juga kesihatan tubuh badan serta kebahagian di dunia dan juga di akhirat.. InsyaAllah..

Baru-baru ini kawan sakura ada membeli cd lagu Yusuf Islam.. sakura tertarik dengan cerita yang ditampilkan oleh Yusuf islam di dalam cover cd tersebut... begini ceritanya semoga menjadi ikhtibar buat kita semua..

A spiritual master received a learned man who came to gain deeper insight into the mysterious of life.

The master prepared tea. While serving the tea he began to explain, but the learned professor kept on interrupting with his own opinion so the master poured his visitors cup full and then kept on pouring.

The learned man watches the overflow until he no longer could restrain himself,
'It is overfull. No more will go in'.

'Like this cup." The master told 'you are full of your own opinions and speculations how can I show you anything unless you first empty your cup?'

Renung-renungkanlah cerita ini ya... semoga menjadi pengajaran buat kita semua..

Selamat Hari Guru..