Followers

Friday, May 21, 2010

Novel Sophie Kinsella - Remember Me

Bestnya esok hari Sabtu...cuti.. cuti.........bagi yang tak tau nak buat apa tu... bolehler baca novel ni...

Remember Me oleh Sophie Kinsella.. novel ni ringan.. jer... sesuai untuk sesiapa yang nak hilangkan keboringan tahap maksimum ..

Sinopsisnya... Lexis Smart.. telah kehilangan ingatannya.. akibat kemalangan jalan raya.. apabila dia tersedar dia mendapati dirinya bukan lagi seperti dulu.. kalau nak tau.. Lexis tu macam kategori orang yang tak berapa cantiklah...

Terkejut dia bila mendapati giginya.. tubuh badannya...telah berubah.. dan yang paling best.. kiranya penampilan dia memang 100% percent berubah macam model.. dia telahpun berkahwin dengan seorang jejaka yang sangat hensem.. dan kaya raya...dan Lexis sekarang telahpun berjaya dan berpengaruh di dalam syarikatnya..

Apa yang terjadi, Lexis telah dibenci oleh rakan sekerja kerana sikapnya.. kesian Lexis kerana dia langsung tidak mengingati apa yang telah berlaku ... apa yang dia ingat hanyalah keluarga dan juga persahabatan dengan rakan-rakannya tiga tahun sebelum kemalangan tersebut berlaku.. iaitu sebelum kejadiaan kemalangan yang pertama..

Kesian juga dengan Lexis ni... sebab dia tak tahu kenapa kawan-kawan dia tak sukakan dia .. macam-macam benda yang dibuat semata-mata nak ambil hati kawan-kawan dia.... tapi semuanya ditolak mentah-mentah.. malah dia orang mempermainkan dia semula.. bila sampai part tu.. memang sakura rasa kesian sangat kat Lexis ni.. sebab kawan-kawan dia tak tahu yang Lexis telah hilang ingatan..

Macam-macam peristiwa yang berlaku.. kekadang tu Sakura tergelak sorang-sorang bila baca part-part yang kelakar.. kalau nak tau.. Lexis ni macam Betty .. ala citer Betty yang dulu famous tu.. Betty yang pakai cermin mata besar tu....kalut semacam jer.. kekadang sedih.. bila part kawan-kawan dia sisihkan dia..

Sakura memang tak sabar nak baca novel ni sampai habis sebab novel ni ada unsur-unsur humor.. sedih.. misteri..kalau nak tau apa yang misterinya bacalah sendiri yerk.. romantik.. adaler sikit.. tapi still tak sesuai dengan budaya kita yerk.. tapi setakat baca tu.. tak jadi masalah. kan...

Bacalah.. nanti Sakura cerita pasal novel melayu pulak yerk.. tunggu.............

3 comments:

Ann said...

nk pinjam...hehehe

Sakura said...

dtg rumah ler kalau nak pinjam..

cik affy said...

sophie kinsella , sukaaaaa <3
confession of a shopaholic :)